Program Jiwa Madina @ Komuniti Madani Meriah di NADI Presint 18

19 Oktober 2025 | Aktiviti Terkini

PUTRAJAYA, 18 Oktober 2025 – Seramai 20 orang peserta telah menghadiri program Jiwa Madina @ Komuniti Madani yang berlangsung di NADI Presint 18, dari jam 10.00 pagi hingga 1.00 petang. Program ini merupakan inisiatif santai peringkat Parlimen Putrajaya dengan kerjasama Jabatan Penerangan Malaysia (JAPEN), bertujuan mengeratkan hubungan komuniti serta menyemarakkan semangat Madani dalam kalangan penduduk setempat.

Antara pengisian utama program ialah taklimat ringkas mengenai Belanjawan 2026, yang memberi penerangan awal berkenaan hala tuju dan tumpuan kerajaan dalam pembangunan negara. Turut dijalankan ialah bengkel CapCut dan TikTok, yang memberi peluang kepada peserta mempelajari teknik asas suntingan video serta penggunaan media sosial secara positif dan kreatif.

Selain itu, turut diadakan pendaftaran ahli, pendaftaran serta kemas kini MyDigital ID, dan saringan kesihatan percuma bagi memberi manfaat menyeluruh kepada para peserta yang hadir.

Pelaksanaan program ini turut mendapat bantuan daripada wakil NADI Presint 9 Fasa 3, NADI Presint 9 Fasa 10, serta NADI Presint 16, yang bersama-sama menjayakan perjalanan aktiviti sepanjang program.

Program sembang santai ini bukan sahaja menjadi medan perkongsian maklumat, malah berperanan memperkukuh jaringan komuniti setempat seiring dengan aspirasi Malaysia Madani.

Berikut adalah gambar sepanjang aktiviti ini dijalankan:

Kembali

Kembali Ke Atas